Friday, December 19, 2008

Perbezaan Impian Kita Dan Impian Mat Jenin...

"Kalaulah aku dapat duit banyak..., kalaulah aku kaya nanti....., kalaulah aku dapat kereta mewah...,kalaulah aku itu, ini....," Inilah yang sering dikatakan impian mat jenin...'segalanya bermula dari perkataan 'kalau'' seperti tagline dalam banner saya di atas....Perkataan 'kalau' inilah yang sering mengganggu hidup kita sebenarnya dalam mencapai impian tanpa kita sedari..Kerana perkataan 'kalau' inilah yang akan menyebabkan kita sering bertangguh dalam membuat kerja dan akan menyebabkan kita bekerja tanpa bersungguh-sungguh.

Golongan Mat Jenin ini lazimnya akan memberi alasan setinggi bukit apabila angan-angannya ataupun impiannya tidak dapat dicapai...Seperti contoh '' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..."Jadi, golongan ini hanya berserah dan tidak berusaha memperbaiki diri masing-masing...Memanglah kita sekiranya beragama Islam hendaklah percaya pada rezeki di tangan Tuhan dan percaya pada ketentuanNya tetapi Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri..Jadi, adakah nasib kita boleh berubah sekadar berserah semata-mata?

Mari kita lihat pula Impian kita, impian kita semestinya bermula dengan perkataan 'MESTI'..Contohnya "3 Bulan lagi aku MESTI pakai kereta BMW, ataupun, 6 Bulan lagi aku MESTI dapat kumpul sekurang-kurangnya RM20,000."...Kenapa perlu kita guna perkataan 'MESTI'?
Ini kerana secara tidak langsung kita telah menetapkan satu gol ataupun matlamat kita bagi mencapai impian..Dan ini sangat membantu kita sebenarnya.

Sekiranya takdir Tuhan tidak mengizinkan kita mendapat apa yang kita inginkan ataupun mencapai gol kita, kita dengan tidak mudah memberi alasan sebaliknya kita akan post-mortem ataupun kaji balik di mana silap kita..Ini akan membantu kita lebih maju ke hadapan dan memperbaiki kelemahan yang ada..Contoh ayat yang lazim bagi golongan ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.."

Jadi, fikirlah kembali kita dalam golongan yang mana...'' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..." ataupun yang ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.." - arief farhan

No comments:

Post a Comment