Friday, September 30, 2011

Waaaahhh, Lame x update blog ni... hehehe...
skrg ni busy shooting filem ' Gila-gila Remaja 2' arahan Nagaraj.. :) aku pegang watak Jimmy, kwn baik kpd kriss... so jgn lupe nnt support diz film k.. :)

Tanak citer psl filem, aku nk citer luahan hati aku sket..(masuk mood jiwang dah).. Skrg aku full time berlakon dah sbb tempat keje aku tu x suke aku berlakon.... maka dgn ni aku terpakse la keje keras nk carik duit utk tampung hidup aku n aku mesti akan reserve duit aku utk org yg aku syg...

Waktu2 cani la aku perlukan kekuatan sikit sbb aku btol2 down... n org yg aku syg pon bz shooting.. hrm.. (support k citer klik2 nnt)... so kat sini je la aku leh luahkan ketensionan aku... lg pn aku x kesah sbb x ramai yg bace blog aku so aku leh tulis ape yg aku nak..hahahaha...

Berbalik pd org yg aku syg, aku x nk org lain or kwn2 aku ckp die itu ini coz she's not being there 4 me when i needed, but die pn bz shooting dr pg smp ke mlm...so, tlg la phm die k.. die gurl paling baik penah aku kenal...

syawal pn dah abes, tp besok still ader open house..hrmmm.... mkn lagi la jwbnyer... n Thanx kpd kwn2 aku yg being there 4 me... time aku stress, time aku down n time aku perlukan sum1... korg mmg kwn terbaik...

-Just my seposen-

Friday, September 9, 2011

Nasihat sepanjang syawal ni...

Assalamualaikum...

Nampaknye suasana raya still lagi belum habis..Ye lah, syawal kan sebulan..
Dan Paling best pulak ialah kita dapat jimat duit makan kite dgn banyak jemputan open house yg kadang2 sampai tak menang tangan kite nak pilih nak pegi rumah mana...

Dan kat sini aku dgn rasa rendah diri terpanggil nak nasihatkan terutama diri aku sendiri pasal open house ni.. Kalau dah jemputan, yg pertama, kita kene lah pegi yye tak, kang nanti kalau kite jenis x pegi jemputan orang, nanti time kite buat, x de pulak orang nk datang kan..

Yang kedua, makan tu kene la berjaga-jaga jugak...yg mana tau ade penyakit tu terutama yg tak boleh makan kambing, atau lauk2 high cholesterol tu, kawal-kawdal la ye...

Yang penting skali, makan kite jgn la bercampur-campur sangat kalau perut tu tak biasa.. kang nanti kite slalu je dijemput ke tandas-tandas berhampiran....

Akibatnye, jadilah mcm aku yg ketika buat entry ni, tengah rehat kat rumah tak sihat muntah-muntah dan sakit perut...selain berperang slalu ke tandas.. akibat tak jaga makan punya pasal... Adeh...

sekian..Assalamualaikum.. -just my seposen-

Monday, September 5, 2011

Finally after 2 years and 8 months!

Alhamdulillah afta 2 years n 8 months x update diz blog, i will give a new fresh look n content 4 diz blog... wanna make diz a piece of my diaries... yeeehuuu!!

Tuesday, January 6, 2009

Peluang Perniagaan???

Hrm...
Dah bosan dengar perkataan 'minat bisnes?', 'nak buat bisnes tak?', 'nak kaya tak?'....
MEMANG BOSAN...

Tak dinafikan memang bosan kerana baru tanya sebegitu, orang dah negatif...maklum la... orang kita, dalam Al-Quran dah bagitau 9/10 daripada sember pendapatan ialah melalui perniagaan tapi orang kita berlumba-lumba merebut peluang yang 1/10 daripada janji Allah..hrm...

Golongan macam ini (yang negatif) memang suka melihat orang lain berjaya,melihat orang lain mengubah hidup kepada lebih baik, memang suka menolak peluang yang diberikan atas keizinan Allah, memang suka hidup makan gaji sedangkan Rasulullah sendiri berniaga di Syam pada zaman baginda..Kalau kita buat apa yang dibuat Rasulullah, bukankah itu merupakan sunnah Rasul? bukankah kita membuat pahala?

Tapi tak apa, saya faham, ramai tidak suka mengubah diri dan kehidupan serta tidak suka merebut peluang membuat pahala ini...

Fikir-fikirkanlah....Apa jua peluang perniagaan, selagi ia halal, sah di sisi undang-undang dan terbukti berjaya, kita haru ambil...tetapi apabila sudah menceburi sesuatu perniagaan, kekallah...teruskan..istiqamah..amiinn..jangan melompat-lompat bisnes pulak..-arief farhan

Wednesday, December 24, 2008

Menghargai Peluang...

PELUANG....PELUANG....PELUANG.....
Selalu kita dengar perkataan ini tetapi adakah kita seorang yang mengambil peluang ataupun kita seorang yang selalu menolak peluang?? ...

Percayalah..Sekiranya anda mendapat peluang melakukan sesuatu,selagi perkara itu bukannya satu dosa ataupun kejahatan, maka janganlah kita menolak peluang tersebut. Tidak kira apa jenis peluang, sekiranya kita diberi peluang makan di kedai makanan yang sedap-sedap, dan kita punya wang, janganlah kita menolak peluang tersebut kerana kita masih berPELUANG merasa nikmat makanan itu..Cuba bayangkan apabila nikmat itu ditarik, makanlah macam mana sekalipun, kita tidak akan merasa nikmat sedap itu malah kita akan hilang selera makan..

Sebab itu, kita umat Islam disarankan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara seperti lagu Raihan,
1. Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Lapang sebelum sempit
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati.

5 Perkara di atas sebenarnya satu peluang yang sering kita abaikan dan pendek kata saya sendiri pun kadang-kadang terlupa dan leka dalam menikmati peluang yang diberi Tuhan kepada kita..

Sekiranya anda mendapat satu peluang yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya, adakah anda akan menolak? Percaya atau tidak 90% daripada kita akan menolak dengan pelbagai macam jenis alasan. Sebagai contoh, seseorang datang kepada anda dan menawarkan anda peluang anda membuat perniagaan dan hasil dari perniagaan tersebut anda mampu mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, rata-rata daripada kita akan menolak dengan alasan tidak mahu menanggung risiko, sudah selesa hidup macam ini, tidak tahu selok belok perniagaan dan macam-macam lagi yang kalau kita dapat himpunkan memang dapat mengalahkan ketingian gunung Everest.

Cuba kita renungkan kembali, kita dapat mendengar peluang ini,atas kehendak siapa? Atas keizinan siapa? Sudah pasti Allah s.w.t. bagi yang beragama Islam.Pendek kata dengan keizinan Tuhan. Tidak semua orang akan dapat peluang seperti ini malah sering berdoa ataupun mengeluh agar diberikan satu peluang bagi mereka mengubah hidup kepada lebih senang.Sekiranya kita tidak diizinkan Allah untuk mendengar peluang tersebut, buatlah macam mana sekalipun, selagi Tuhan tidak mengizinkan kita, kita tidak akan dapat langsung peluang ini..

Jadi, marilah kita bersama-sama belajar merebut peluang yang diberikan atas keizinan Allah dalam setiap perkara yang baik dan secara tidak langsung kita sebenarnya menghargai keizinan Allah kepada kita ke arah mencapai keredhaanNya. Dan sekiranya setiap orang di muka bumi ini diberi peluang, maka tidak ada lagi golongan yang hidup susah, tidak ada lagi orang yang akan menghidangkan air kepada kita di kedai makan, tidak ada lagi pembantu rumah.Percayalah, sekiranya anda mendapat peluang, anda adalah orang yang terpilih dan jangan sia-siakan kerana anda diizinkan Allah mendapat peluang.

"Golongan yang sering menolak peluang ialah golongan yang mendapat peluang tetapi golongan yang sering merebut peluang ialah golongan yang tidak mendapat peluang"-arief farhan

Saturday, December 20, 2008

To Be Perfect, U Have to Become Nobody....

Saya ingin berkongsi satu kata-kata yang cukup bernas daripada salah seorang pensyarah kejuruteraan di UNITEN iaitu, "To Be Perfect, We Have to Become Nobody Because Nobody is Perfect"...

Saya cukup tertarik dengan ayat tersebut yang sangat dalam maknanya..mungkin bagi anda pengertiannya berbeza dengan saya tetapi, yang paling penting, kita boleh membentuk "From Nobody Become Somebody"....Ayat ini cukup bermakna bagi saya kerana saya bermula dari seorang yang tidak mempunyai apa-apa, pendek kata saya seorang yang 'nobody' dan walaupun tidak sempurna tetapi hari ini sekurang-kurangnya saya telah menjadi 'somebody' malah dalam bussiness card saya pun saya muatkan perkataan ini kerana saya menceburi bidang perniagaan yang sudah pastinya pelbagai cabaran serta pasang surut dalam berniaga merupakan satu adat..

Malah paling penting, saya ingin berkongsi, daripada perkataan inilah, dengan izin Allah, saya mula memberanikan diri mengubah hidup dan nasib saya dan alhamdulillah seawal usia 22 saya telah pun mendapat apa yang saya inginkan walaupun tidak semua, tetapi sesuatu yang saya tidak pernah terfikir sebelum ini.

Jadi, terpulang pada pendapat masing-masing untuk mentafsir ayat ini kerana perngertian yang berbeza akan membawa kesan yang berbeza dari segi psikologi dan mungkin anda ada pengertian yang lebih baik untuk dikongsikan...-arief farhan

Friday, December 19, 2008

Perbezaan Impian Kita Dan Impian Mat Jenin...

"Kalaulah aku dapat duit banyak..., kalaulah aku kaya nanti....., kalaulah aku dapat kereta mewah...,kalaulah aku itu, ini....," Inilah yang sering dikatakan impian mat jenin...'segalanya bermula dari perkataan 'kalau'' seperti tagline dalam banner saya di atas....Perkataan 'kalau' inilah yang sering mengganggu hidup kita sebenarnya dalam mencapai impian tanpa kita sedari..Kerana perkataan 'kalau' inilah yang akan menyebabkan kita sering bertangguh dalam membuat kerja dan akan menyebabkan kita bekerja tanpa bersungguh-sungguh.

Golongan Mat Jenin ini lazimnya akan memberi alasan setinggi bukit apabila angan-angannya ataupun impiannya tidak dapat dicapai...Seperti contoh '' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..."Jadi, golongan ini hanya berserah dan tidak berusaha memperbaiki diri masing-masing...Memanglah kita sekiranya beragama Islam hendaklah percaya pada rezeki di tangan Tuhan dan percaya pada ketentuanNya tetapi Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri..Jadi, adakah nasib kita boleh berubah sekadar berserah semata-mata?

Mari kita lihat pula Impian kita, impian kita semestinya bermula dengan perkataan 'MESTI'..Contohnya "3 Bulan lagi aku MESTI pakai kereta BMW, ataupun, 6 Bulan lagi aku MESTI dapat kumpul sekurang-kurangnya RM20,000."...Kenapa perlu kita guna perkataan 'MESTI'?
Ini kerana secara tidak langsung kita telah menetapkan satu gol ataupun matlamat kita bagi mencapai impian..Dan ini sangat membantu kita sebenarnya.

Sekiranya takdir Tuhan tidak mengizinkan kita mendapat apa yang kita inginkan ataupun mencapai gol kita, kita dengan tidak mudah memberi alasan sebaliknya kita akan post-mortem ataupun kaji balik di mana silap kita..Ini akan membantu kita lebih maju ke hadapan dan memperbaiki kelemahan yang ada..Contoh ayat yang lazim bagi golongan ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.."

Jadi, fikirlah kembali kita dalam golongan yang mana...'' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..." ataupun yang ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.." - arief farhan