Wednesday, December 24, 2008

Menghargai Peluang...

PELUANG....PELUANG....PELUANG.....
Selalu kita dengar perkataan ini tetapi adakah kita seorang yang mengambil peluang ataupun kita seorang yang selalu menolak peluang?? ...

Percayalah..Sekiranya anda mendapat peluang melakukan sesuatu,selagi perkara itu bukannya satu dosa ataupun kejahatan, maka janganlah kita menolak peluang tersebut. Tidak kira apa jenis peluang, sekiranya kita diberi peluang makan di kedai makanan yang sedap-sedap, dan kita punya wang, janganlah kita menolak peluang tersebut kerana kita masih berPELUANG merasa nikmat makanan itu..Cuba bayangkan apabila nikmat itu ditarik, makanlah macam mana sekalipun, kita tidak akan merasa nikmat sedap itu malah kita akan hilang selera makan..

Sebab itu, kita umat Islam disarankan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara seperti lagu Raihan,
1. Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Lapang sebelum sempit
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati.

5 Perkara di atas sebenarnya satu peluang yang sering kita abaikan dan pendek kata saya sendiri pun kadang-kadang terlupa dan leka dalam menikmati peluang yang diberi Tuhan kepada kita..

Sekiranya anda mendapat satu peluang yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya, adakah anda akan menolak? Percaya atau tidak 90% daripada kita akan menolak dengan pelbagai macam jenis alasan. Sebagai contoh, seseorang datang kepada anda dan menawarkan anda peluang anda membuat perniagaan dan hasil dari perniagaan tersebut anda mampu mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, rata-rata daripada kita akan menolak dengan alasan tidak mahu menanggung risiko, sudah selesa hidup macam ini, tidak tahu selok belok perniagaan dan macam-macam lagi yang kalau kita dapat himpunkan memang dapat mengalahkan ketingian gunung Everest.

Cuba kita renungkan kembali, kita dapat mendengar peluang ini,atas kehendak siapa? Atas keizinan siapa? Sudah pasti Allah s.w.t. bagi yang beragama Islam.Pendek kata dengan keizinan Tuhan. Tidak semua orang akan dapat peluang seperti ini malah sering berdoa ataupun mengeluh agar diberikan satu peluang bagi mereka mengubah hidup kepada lebih senang.Sekiranya kita tidak diizinkan Allah untuk mendengar peluang tersebut, buatlah macam mana sekalipun, selagi Tuhan tidak mengizinkan kita, kita tidak akan dapat langsung peluang ini..

Jadi, marilah kita bersama-sama belajar merebut peluang yang diberikan atas keizinan Allah dalam setiap perkara yang baik dan secara tidak langsung kita sebenarnya menghargai keizinan Allah kepada kita ke arah mencapai keredhaanNya. Dan sekiranya setiap orang di muka bumi ini diberi peluang, maka tidak ada lagi golongan yang hidup susah, tidak ada lagi orang yang akan menghidangkan air kepada kita di kedai makan, tidak ada lagi pembantu rumah.Percayalah, sekiranya anda mendapat peluang, anda adalah orang yang terpilih dan jangan sia-siakan kerana anda diizinkan Allah mendapat peluang.

"Golongan yang sering menolak peluang ialah golongan yang mendapat peluang tetapi golongan yang sering merebut peluang ialah golongan yang tidak mendapat peluang"-arief farhan

Saturday, December 20, 2008

To Be Perfect, U Have to Become Nobody....

Saya ingin berkongsi satu kata-kata yang cukup bernas daripada salah seorang pensyarah kejuruteraan di UNITEN iaitu, "To Be Perfect, We Have to Become Nobody Because Nobody is Perfect"...

Saya cukup tertarik dengan ayat tersebut yang sangat dalam maknanya..mungkin bagi anda pengertiannya berbeza dengan saya tetapi, yang paling penting, kita boleh membentuk "From Nobody Become Somebody"....Ayat ini cukup bermakna bagi saya kerana saya bermula dari seorang yang tidak mempunyai apa-apa, pendek kata saya seorang yang 'nobody' dan walaupun tidak sempurna tetapi hari ini sekurang-kurangnya saya telah menjadi 'somebody' malah dalam bussiness card saya pun saya muatkan perkataan ini kerana saya menceburi bidang perniagaan yang sudah pastinya pelbagai cabaran serta pasang surut dalam berniaga merupakan satu adat..

Malah paling penting, saya ingin berkongsi, daripada perkataan inilah, dengan izin Allah, saya mula memberanikan diri mengubah hidup dan nasib saya dan alhamdulillah seawal usia 22 saya telah pun mendapat apa yang saya inginkan walaupun tidak semua, tetapi sesuatu yang saya tidak pernah terfikir sebelum ini.

Jadi, terpulang pada pendapat masing-masing untuk mentafsir ayat ini kerana perngertian yang berbeza akan membawa kesan yang berbeza dari segi psikologi dan mungkin anda ada pengertian yang lebih baik untuk dikongsikan...-arief farhan

Friday, December 19, 2008

Perbezaan Impian Kita Dan Impian Mat Jenin...

"Kalaulah aku dapat duit banyak..., kalaulah aku kaya nanti....., kalaulah aku dapat kereta mewah...,kalaulah aku itu, ini....," Inilah yang sering dikatakan impian mat jenin...'segalanya bermula dari perkataan 'kalau'' seperti tagline dalam banner saya di atas....Perkataan 'kalau' inilah yang sering mengganggu hidup kita sebenarnya dalam mencapai impian tanpa kita sedari..Kerana perkataan 'kalau' inilah yang akan menyebabkan kita sering bertangguh dalam membuat kerja dan akan menyebabkan kita bekerja tanpa bersungguh-sungguh.

Golongan Mat Jenin ini lazimnya akan memberi alasan setinggi bukit apabila angan-angannya ataupun impiannya tidak dapat dicapai...Seperti contoh '' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..."Jadi, golongan ini hanya berserah dan tidak berusaha memperbaiki diri masing-masing...Memanglah kita sekiranya beragama Islam hendaklah percaya pada rezeki di tangan Tuhan dan percaya pada ketentuanNya tetapi Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri..Jadi, adakah nasib kita boleh berubah sekadar berserah semata-mata?

Mari kita lihat pula Impian kita, impian kita semestinya bermula dengan perkataan 'MESTI'..Contohnya "3 Bulan lagi aku MESTI pakai kereta BMW, ataupun, 6 Bulan lagi aku MESTI dapat kumpul sekurang-kurangnya RM20,000."...Kenapa perlu kita guna perkataan 'MESTI'?
Ini kerana secara tidak langsung kita telah menetapkan satu gol ataupun matlamat kita bagi mencapai impian..Dan ini sangat membantu kita sebenarnya.

Sekiranya takdir Tuhan tidak mengizinkan kita mendapat apa yang kita inginkan ataupun mencapai gol kita, kita dengan tidak mudah memberi alasan sebaliknya kita akan post-mortem ataupun kaji balik di mana silap kita..Ini akan membantu kita lebih maju ke hadapan dan memperbaiki kelemahan yang ada..Contoh ayat yang lazim bagi golongan ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.."

Jadi, fikirlah kembali kita dalam golongan yang mana...'' Hari tu aku cakap KALAU aku dapat, tapi dah tak dapat, nak buat macam mana, bukan rezeki aku..." ataupun yang ini " Hari tu aku cakap bulan ni MESTI aku dah ada RM50000 simpanan aku tapi aku tak dapat, macam mana boleh jadi macam ni...aku mesti cari mana silapnya.." - arief farhan

Impian VS Cita-cita

Impian...Sering kita perkatakan hampir setiap hari tentang impian..Ingin memiliki rumah mewah, kereta mewah, menunaikan haji. dan pelbagai lagi impian kita seperti melancong. Manakala cita-cita pula adalah sesuatu yg mendukung impian kita...bagi mencapai impian, kita haruslah mempunyai cita-cita..Cita-cita pula sering kita dengar sejak dari bangku sekolah, ingin menjadi seorang doktor, guru, dan sebagainya.tetapi cita-cita sebenar setiap org ialah ingin menjadi orang yang berjaya tidak kira apa bidang yang diceburi sekalipun..Cita-cita yang paling bermakna ialah apabila kita mempunyai keinginan mengubah hidup kita dan mengubah diri kita......
Dengan Cita-cita inilah maka dengan mudahnya seseorang akan mencapai impian...
Percayalah, kelebihan kita dengan orang lain ialah kita mempunyai cita-cita...dan cita-cita itulah yang membantu kita mencapai impian sebenarnya...