Wednesday, December 24, 2008

Menghargai Peluang...

PELUANG....PELUANG....PELUANG.....
Selalu kita dengar perkataan ini tetapi adakah kita seorang yang mengambil peluang ataupun kita seorang yang selalu menolak peluang?? ...

Percayalah..Sekiranya anda mendapat peluang melakukan sesuatu,selagi perkara itu bukannya satu dosa ataupun kejahatan, maka janganlah kita menolak peluang tersebut. Tidak kira apa jenis peluang, sekiranya kita diberi peluang makan di kedai makanan yang sedap-sedap, dan kita punya wang, janganlah kita menolak peluang tersebut kerana kita masih berPELUANG merasa nikmat makanan itu..Cuba bayangkan apabila nikmat itu ditarik, makanlah macam mana sekalipun, kita tidak akan merasa nikmat sedap itu malah kita akan hilang selera makan..

Sebab itu, kita umat Islam disarankan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara seperti lagu Raihan,
1. Sihat sebelum sakit
2.Muda sebelum tua
3.Lapang sebelum sempit
4. Kaya sebelum miskin
5. Hidup sebelum mati.

5 Perkara di atas sebenarnya satu peluang yang sering kita abaikan dan pendek kata saya sendiri pun kadang-kadang terlupa dan leka dalam menikmati peluang yang diberi Tuhan kepada kita..

Sekiranya anda mendapat satu peluang yang akan mengubah hidup anda selama-lamanya, adakah anda akan menolak? Percaya atau tidak 90% daripada kita akan menolak dengan pelbagai macam jenis alasan. Sebagai contoh, seseorang datang kepada anda dan menawarkan anda peluang anda membuat perniagaan dan hasil dari perniagaan tersebut anda mampu mengubah hidup anda kepada yang lebih baik, rata-rata daripada kita akan menolak dengan alasan tidak mahu menanggung risiko, sudah selesa hidup macam ini, tidak tahu selok belok perniagaan dan macam-macam lagi yang kalau kita dapat himpunkan memang dapat mengalahkan ketingian gunung Everest.

Cuba kita renungkan kembali, kita dapat mendengar peluang ini,atas kehendak siapa? Atas keizinan siapa? Sudah pasti Allah s.w.t. bagi yang beragama Islam.Pendek kata dengan keizinan Tuhan. Tidak semua orang akan dapat peluang seperti ini malah sering berdoa ataupun mengeluh agar diberikan satu peluang bagi mereka mengubah hidup kepada lebih senang.Sekiranya kita tidak diizinkan Allah untuk mendengar peluang tersebut, buatlah macam mana sekalipun, selagi Tuhan tidak mengizinkan kita, kita tidak akan dapat langsung peluang ini..

Jadi, marilah kita bersama-sama belajar merebut peluang yang diberikan atas keizinan Allah dalam setiap perkara yang baik dan secara tidak langsung kita sebenarnya menghargai keizinan Allah kepada kita ke arah mencapai keredhaanNya. Dan sekiranya setiap orang di muka bumi ini diberi peluang, maka tidak ada lagi golongan yang hidup susah, tidak ada lagi orang yang akan menghidangkan air kepada kita di kedai makan, tidak ada lagi pembantu rumah.Percayalah, sekiranya anda mendapat peluang, anda adalah orang yang terpilih dan jangan sia-siakan kerana anda diizinkan Allah mendapat peluang.

"Golongan yang sering menolak peluang ialah golongan yang mendapat peluang tetapi golongan yang sering merebut peluang ialah golongan yang tidak mendapat peluang"-arief farhan

No comments:

Post a Comment